:::: MENU ::::

Tips Penjagaan Tayar Kereta

  • May 18 / 2014
  • 0
Tips Kereta

Tips Penjagaan Tayar Kereta

Antara komponen penting bagi sesebuah kereta adalah tayar. Di sini saya ingin berkongsi beberapa info dan tips bagi menjaga tayar anda.

Pilih Saiz Tayar Yang Tepat

Jika anda ingin menukar kepada tayar yang baru, pastikan anda mimilih mengikut saiz tayar yang sedia ada dari pembuat kereta. Contohnya kereta Myvi, tayarnya bersaiz 14 inci. Jadiseharusnya anda memilih tayar mengikut saiz yang sama. Begitu juga dengan kelebaran tayar.

Lihat Tarikh Buatan Tayar

Bagi mengelakkan anda menggunakan tayar yang telah tamat tempoh, rujuk nombor yang telah dicetak pada tayar tersebut. Contohnya 20/14. Nombor 20 merujuk kepada minggu ianya dibuat dan nombor 14 merujuk kepada tahun ianya dibuat. Jadi jangan membeli tayar yang tahunnya telah dibuat telalu lama.

tips-jaga-tayar

Sebaiknya belilah tahun yang bersesuai seperti tahun semasa atau tahun sebelumnya.

Tukar Kedudukan Tayar

Sepatutnya kedudukan tayar ditukar setiap 3 bulan. Ini bagi memastikan getah tayar digunakan secara sama rata. Contohnya, tayar bahagian depan kiri boleh ditukar ke bahagian tayar belakang kanan. Begitu juga sebaliknya.

Periksa Kadar Tekanan Angin Tayar

Sebelum anda memulakan perjalanan yang jauh, pastikan anda mengukur kadar tekanan angin tayar anda. Pastikan ianya tidak melebih had yang ditetapkan. Juga, lihat kondisi permukaan jalan yang bakal anda lalui. Jika ianya jalan tar biasa, gunakan kadar angin yang normal. Jika jalan berbatu-batu, kurangkan sedikti tenakan angin tayar bagi memberi ruang kepada tayar untuk permukaan barbatu-batu.

Ini sahaja dari saya, moga bermanfaat.

Incoming search terms:

4.20 avg. rating (86% score) - 5 votes

Leave a comment

Ada Pertanyaan? Mohon klik sini.