:::: MENU ::::

Perodua Smart Assist 1-800-88-5555

Tips Kereta

Perodua Smart Assist 1-800-88-5555

Perodua Smart Assist adalah satu program penyelenggaraan yang membolehkan anda menikmati bantuan kecemasan auto selama 12 bulan,khas untuk pemilik kereta baru Perodua.Dalam tempoh ini anda layak menerima bantuan kecemasan membaiki kerosakan kecil dilokasi,perkhidmatan penundaan percuma,faedah perubatan dan banyak lagi.Sila hubungi talian Smart Assist kami di 1-800-88-5555 (24 jam) sekiranya berlaku kecemasan.Nombor Smart Assist boleh didapati dalam buku panduan Smart Assist,atau di pelekat cukai jalan kenderaan anda.

Panduan sekira berlaku kerosakan :

1 Pastikan anda keluar dari kenderaan anda dan pergi ke lokasi yang selamat.

2 Hubungi talian Perodua Smart Assist 1800-88-5555.

3 Perodua Smart Assist akan menguruskan trak penunda atau pusat servis.

4 Trak penunda sampai dilokasi dan anda akan diminta untuk menandatangani borang pengesahan.

5 Trak penunda akan menunda kenderaan anda ke Pusat Servis Perodua yang berdekatan.

6 Sila berhubung dengan pusat servisĀ perodua untuk mengenalpasti punca kerosakan dan samada kerosakan tersebut dalam jaminan atau tidak.

Panduan sekira berlaku kemalangan :

1 Pastikan anda keluar dari kenderaan anda dan pergi ke lokasi yang selamat.

2 Hubungi talian Perodua Smart Assist 1800-88-5555.

3 Perodua Smart Assist akan menguruskan trak penunda.

4 Trak penunda akan menunda kenderaan anda ke balai polis yang berdekatan.

5 Anda dikehendaki untuk membuat laporan polis.(PENTING sila pastikan pemandu memiliki lesen memandu yang sah)

6 Selepas ini kenderaan anda akan ditunda ke pusat servis perodua yang berdekatan .

7 Sila pastikan anda membawa dokumen berikut :

*Salinan asal laporan polis

*Salinan kad pengenalan dan lessen memandu pemilik atau pemandu kenderaan

*Salinan polisi insuran

*Salinan kad pendaftaran kereta

*Gambar-gambar kejadian kemalangan ( jikalau ada )

Jika kemalangan melibatkan pihak ketiga,sila sertai dokumen tambahan:

*Salinan laporan polis oleh pihak ketiga

*Salinan laporan keputusan siasatan polis

*Salinan polisi insuran pihak ketiga

8 Pusat servis kami akan menghantar tuntutan kerosakan anda ke syarikat insuran.

9 Adjuster dari pihak syarikat insuran akan membuat penilaian kos-kos pembaikan kenderaan anda.

10 Tuntutan diluluskan oleh syarikat insuran dan kerja-kerja pembaikan akan dimulai oleh pusat servis.

11 Kenderaan siap sedia diambil balik oleh pelanggan.

Incoming search terms:

5.00 avg. rating (99% score) - 8 votes

Leave a comment

Ada Pertanyaan? Mohon klik sini.